TERKINI!! Gempa 6.5 Magnitud Gegar Selatan Pulau Jawa

 

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud menggegarkan selatan Indonesia dekat Pulau Jawa lewat petang hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS melaporkan, gegaran itu diukur berada pada kedalaman 91 kilometer dan melanda kawasan kurang daripada satu kilometer ke tenggara bandar pesisir pantai Cipatujah.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda tsunami akan berlaku – AFP