Terbaru! Hasil Siasatan Lengkap Kebakaran Pusat Tahfiz Oleh Pihak Bomba Ini Sangat Mengejutkan! Memang Kejam! (video)

 

PUTRAJAYA: Silinder gas petroleum cair (LPG) menjadi punca api marak dengan cepat dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur genap seminggu lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata dua bahan bukti diterima pihaknya dan telah dihantar ke Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur untuk dianalisa.

Ujarnya, laporan forensik kebakaran, penemuan-penemuan serta punca kebakaran turut menunjukkan kejadian itu adalah disengajakan.

Katanya, hasil analisa menunjukkan petrol telah dicurahkan pada rak tuala, rak kasut dan dinding di hadapan pintu masuk bilik asrama aras tiga.

Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (dua dari kiri), petrol terbabit telah dicurahkan di rak tuala dan kasut serta dinding di hadapan pintu masuk asrama di aras 3 bangunan terbabit. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

“Dua buah silinder gas LPG berwarna hijau berbelang merah dijumpai di hadapan pintu masuk bilik asrama. Kedua-dua silinder ini telah kosong dan injap silinder dalam keadaan terbuka.

“Unit pengesan (K9) telah mengesan tujuh tempat dan tujuh sampel telah diambil di hadapan pintu bilik asrama.

“Dalam kes ini empat ekor anjing telah digunakan dan kesemuanya telah menunjukkan ke tempat yang sama.

“Sampel ini telah dianalisa oleh pegawai kimia di Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur dan didapati empat sampel berkenaan mengandungi residu cecair mudah menyala jenis petrol,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat JBPM di sini hari ini.

Katanya, bahan mudah terbakar yang banyak di bilik asrama telah menyebabkan api cepat marak dan meningkatkan lagi bahang api mengakibatkan mangsa yang sedang tidur terkorban dalam masa yang singkat.

Malah, struktur dinding berdekatan pintu itu turut pecah selain pintu, siling, almari dan rak kasut rentung sepenuhnya.

Dalam kejadian Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban akibat terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas daripada bangunan tiga tingkat itu kira-kira 5.15 pagi.

Sabtu lepas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.

Pihak polis percaya motif kejadian adalah angkara dendam.

sumber: astroawani