Ramai Yang Terkejut Melihat Apa yang Dilakukan Oleh Anjing Ini Ketika Keluar Bersiar-Siar Dengan Tuannya, Anda Pasti Terpegun!

 

Anjing telah membuktikan mereka adalah pelindung yang menakjubkan daripada orang dan haiwan lain apabila ia sendiri menunjukkan belas kasihan kepada cacing tanah juga!

Holliday ialah seekor anjing yang bijak dan baik hati kerana mempunyai misi peribadi untuk menyelamatkan semua cacing yang dijumpai di atas jalan. Setiap kali tuannya membawanya keluar berjalan-jalan dan kebetulan Holliday menjumpai cacing terdampar di atas jalan, dengan lembut ia akan mengambil cacing tersebut dengan menggunakan mulutnya. Kemudian, Holliday akan membawa cacing tersebut kembali ke rumput yang paling dekat.

“Holliday tidak pernah diajar untuk melakukan perbuatan ini. Sewaktu Holliday masih kecil, ia melihat ibu saya mengambil cacing tanah yang dijumpai di atas jalan dan melemparkannya semula ke atas rumput. Mungkin Holliday mempelajari sikap murni itu selepas melihat ibu saya kerap melakukan perbuatan itu terutamanya ketika kami pulang ke rumah ibu saya pada hujung minggu. “kata pemilik Holliday.

Holliday telah menemui cacing yang terdampar di atas jalan raya. Ia mengambil cacing tersebut dengan menggunakan mulutnya

Selepas itu, Holliday membawa cacing tersebut dan meletakkannya di atas rumput yang berdekatan

Tanpa mengira waktu, Holliday tetap akan mencari cacing-cacing yang perlu diselamatkan biarpun pada waktu malam

Jika cacing-cacing itu boleh bercakap, pasti ia akan mengucapkan terima kasih kepada anjing tersebut kerana menyelamatkan mereka daripada bahaya.

Tonton video di bawah untuk melihat aksi anjing yang bertindak sebagai penyelamat kepada si kecil cacing yang sangat menakjubkan itu.pasti terpegun

Tonton video di bawah untuk melihat aksi anjing yang bertindak sebagai penyelamat kepada si kecil cacing yang sangat menakjubkan itu.pasti terpegun

Source: Sweet Dog Rescues Stranded Earthworms And We Can’t Get Enough Of Her Compassionate Sideby ViralHog on Rumble

Era Baru