Penyelam Jumpa 5 Pari Yang Unik. Namun Penemuan Itu Telah Menjadikan Para Penyelam TERGAMAN & MARAH!

 

Gambar mengejutkan lima ekor ikan pari dengan kesan tikaman maut ke kepala menggejutkan para penyelam. Ikan pari yang dikenali sebagai banjo sharks itu, ditemui berhampiran Rye dermaga, di luar pantai Victoria Mornington Peninsula.

Penemuan itu telah menjadikan para penyelam marah dan meminta serangan kejam pada makhluk laut sebegini mesti ditamatkan

Pembantaian terhadap makhluk laut ini merupakan kes terbaru yang dihadapi oleh penyelam Mornington Peninsula setiap hari.

Jurulatih selam Jane Bowman melaporkan kepada Perikanan Victoria dia menemui 18 ekor pari jenis banjo sharks mati dengan kesan tikaman yang sama semasa menyelam baru-baru ini.

Loading..

Seorang penyelam mendapati seekor dari pari itu sebenarnya masih hidup selepas mengalami kecederaan kepala dan dirakam bergelut di dasar laut.

Menurut akta Perikanan Victoria 2009, Peraturan 101 ia adalah ‘menjadi kesalahan jika gagal melepaskan semula ikan tanpa kecederaan atau kerosakan.’

Loading..

Serangan-serangan kejam telah mendorong Project Banjo Action Group yang berpangkalan di Melbourne untuk tampil dan mengambil tindakan mengumpul bukti yang menunjukkan kekejaman terhadap hidupan laut itu bukanlah insiden terpencil.

Testimoni dan bukti fotografi akan digunakan untuk menyokong dakwaan mereka bahawa pembantaian terhadap banjo sharks telah berlaku selama bertahun-tahun di seluruh jeti Port Phillip Bay dan Westernport kerana ia merupakan tangkapan yang tidak diingini.

Sumber:- Dailymail