Pegawai FBI Dedah 5 Cara Kenal Pasti Orang Yang Berbohong!

 

Jika tidak pernah menipu, anda bukanlah manusia yang normal.

Sudah menjadi kelaziman bagi semua orang untuk menipu, sama ada untuk menyelamatkan diri sendiri mahupun menjaga hati orang supaya mereka tidak berkecil hati atau terkesan dengan tindak tanduk kita.

Dalam pada itu, siapa sedar bahawa wanita lazimnya mempunyai satu naluri yang kuat untuk menjadi seorang lie detector atau dalam bahasa Melayunya seorang “Pengesan Pembohong”?

Sumber: Tumblr

Kalau kata mak-mak kita tu, kita tipu lah macam mana sekalipun mesti dia akan tahu sendiri nanti onar apa yang anak-anak dia buat. Haaa takut tak?

Lumrahnya, memang tuhan dah jadikan wanita sedemikian rupa. Memang secara umumnya kita ini dilihat sebagai ‘pemberontak’ kerana terlalu sensitif dan mudah emosi… Maklumlah, nafsunya lebih banyak berbanding akal. Tetapi ada satu anugerah yang tuhan beri iaitu naluri hati yang kuat. Jadi lelaki dan anak-anak, sila hati-hati.

Bagi mereka yang sering ditipu hidup-hidup oleh teman atau sesiapa sahaja yang dikenali, ini Wanista kongsi cara untuk mengesan si penipu tegar!

#1 Cuba Dengar Nada, Kelancaran & Struktur Ayat Yang Digunakan

Sumber: Giphy

Selalunya apabila seseorang menipu, nada suara mereka akan berubah seolah cuba mempertahankan diri sendiri. Dalam masa yang sama, mereka juga cenderung untuk bercakap dengan laju atau tersekat-sekat, berbeza dari keadaan normal dengan menggunakan sama ada ton suara tinggi atau sayup-sayup.

Bukan itu sahaja, struktur ayat yang digunakan juga agak kompleks dan rumit. Ini kerana otak penipu akan terus-menerus memproses idea bagi mereka-reka cerita supaya diri mereka terlepas dari tuduhan menipu.

#2 Perhatikan Raut Wajahnya

Bagi penipu yang profesional, mungkin agak sukar untuk mengenal pastinya melalui air muka mereka. Namun perhatikan lirik matanya. Anak mata penipu akan kerap bergerak ke sana dan ke mari kerana penipu akan bercakap sambil matanya memandang ke tempat lain -takut memandang terus wajah si lawan. Mungkin ada sesetangah penipu yang mengetap bibir atau buat-buat menyedut hingus sambil berkomunikasi dengan kita. Bahkan bagi yang berkulit cerah, kulit wajahnya akan menjadi kemerahan.

Sumber: Pinterest

Ini kerana, perubahan yang berlaku pada wajah disokong oleh peningkatan aktiviti dalam otak. Bila otak berfikir secara panik untuk mencari jalan keluar agar tidak dituduh sebagai penipu, wajah juga serta-merta akan berubah seolah tidak sedap duduk.

#3 Bahasa Tubuh

Selain akan menarik hela nafas yang agak dalam, penipu selalunya akan berasa tidak selesa apabila soalan bertalu-talu diajukan kepadanya lalu menggerak-gerakan jari jemari menyentuh atau bermain dengan sesuatu. Perhatikan juga jika individu tersebut ada menggerak-gerakkan tubuhnya, menggerakkan bahu atau buat-buat sibuk.

Sumber: Google Images

Sebagai contoh, buat-buat menulis tanpa melihat wajah orang yang sedang berkomunikasi dengannya atau buat-buat sedang mencari barang agar matanya tidak bertentangan dengan mata si lawan.

#4 Bodek Dengan Pujian & Gelak Tawa

Sumber: Pinterest

Dah kata, penipu ni memang pandai putar cerita. Perhatikan jika mereka sering menyelit sebarang pujian dan gelak tawa sewaktu membuat pengakuan kepada anda. Pujian itu memang bagus, tapi kalau tak ada hujan, tak ada ribut… tiba-tiba nak memuji ni kenapa pula?

Penipu memang licik dan akan guna strategi untuk buat orang rasa yang diri mereka bukan suspek.

#5 Bila Mereka Berhenti Menyebut Tentang Diri Sendiri

Memang tujuan menipu itu untuk lepaskan diri dari dicekup melakukan onar. Jadi, si penipu secara tiba-tiba akan berhenti mengaitkan sesuatu perkara tersebut dengan dirinya.

Sumber: Pinterest

Contoh:

Situasi 1

Miss A: “Eh, kau eh curi lipstick aku?! Aku letak kat dressing table tu dah tu siapa lagi yang nak ‘kebas’ dah kan kau je roommate aku!”

Bukan Penipu: “Weh sumpah wek aku tak ambil. Serius! Jom-jom aku tolong carikan sekali mana tahu kau tersilap letak ke tercicir ke apa. Check sekali dalam beg tangan tu…”

Situasi 2

Miss A: “Eh, kau eh curi lipstick aku?! Aku letak kat dressing table tu dah tu siapa lagi yang nak ‘kebas’ dah kan kau je roommate aku!”

Penipu: “Weh sumpah weh aku tak ambil. Serius! Ntah-ntah *^&^%* yang ambil sebab aku ada nampak dia lalu lalang depan bilik kita semalam. Cuba kau tanya dia.” [NAMPAK TAK PERMAINAN DIA?]

Kata pakar psikologi, penipu akan kurang merujuk pada dirinya sendiri lalu mengalihkan perhatian orang dengan menarik fokus tersebut untuk diletakan pada orang lain berbanding diri sendiri.

Opsss!

Sumber