Misteri Jalan Raya Di Sabah.. Kamurang pernah limpas ka jalan raya ni..

Setiap tempat memiliki sejarah dan cerita yang tersendiri. JIka anda memandu seorang diri di waktu malam apakah perasaan anda? Pasti menyeramkan. Kadang kala perasaan seram yang melanda membawa maksud ada ‘sesuatu’ di sekitar anda. Berikut merupakan perkongsian dari seorang warga Sabah mengenai pengalaman seram beliau ketika melalui jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Sabah.

jalan berhantu

Jalan Tenom-Sipiting:

Keadaan jaln Tenom-Sipiting sangat sunyi malah tiada perkampungan sepanjang jalan tersebut. Semasa melalui jalan ini saya rasa sangat seram. sepanjang perjalanan saya dapat merasakan seperti ada yang sedang perhatikan saya sepanjang saya menggunakan jalan tersebut. Namun begitu sepanjang saya mengunakan jalan ini tidak pernah lagi saya diganggu tapi jalan ini sangat menyeramkan.

Jalan Kota Belud-Ranau:
Beberapa tahun yang lalu, saya memandu kereta proton wira, kereta ini baru berumur dua bulan. Dari Kudat saya mengambil jalan ‘short-cut untuk pergi ke Ranau melalui jalan Kota Belud. Pada masa itu sama bersama tiga orang rakan, ketiga-tiga mereka berasal dari semenanjung. Ketika itu jam 10.00 malam dan jalan pada ketika itu sangat sunyi. Tiba dikawasan bukit, tida-tida kereta yang kami naiki bergerak sangat perlahan walaupun pada ketika itu gear tengah ‘free’.

Secara tiba-tiba kereta yang kami naiki mati di tengah-tengah jalan yang dikelilingi hutan. Setelah itu saya meminta kaan-kawan saya membaca apa-apa doa yang patut, kami terdiam sejenak setelah selesai berdoa. Saya cuba untuk menghidupkan semula enjin kereta dan dengan mudah kereta dapat dihidupkan. Kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Sebelum ini kereta saya tidak pernah buat hal, ditambah lagi itu adalah kereta baru, macam mana boleh mati di tengah-tengah hutan.

hantu

Jalan Ranau-Kota Kinabalu:

Ketika itu saya bersama-sama empat orang rakan, dalam perjalanan pulang ke Kota kinabalu. Saya meminta salah seorang dari rakan-rakan saya untuk memandu kereta. Katika kami berada di kawasan Bundu Tuhan , tiba-tiba saya mendengar suara perempuan mengilai di atas bumbung kereta yang sedang kami naiki. Suara mengilai itu terdengar seperti berada jauh dari kami, tapi lama kelamaan suara mengilai tersebut terdengar semakin dekat Dan kami dapat rasakan ada sesuatu di atas bumbung kereka kami. Kawan-kawan saya bertanya suara apa itu, saya hanya dapat menjawab itu mungkin suara pontianak yang terbang di atas bumbung kereta kita. Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam, suara mengilai itu trus hilang bila kami sampai ke kawasan perkampunan.

han2

Jalan Membakut-Binsuluk-Kuala Penyu:

Menurut orang tempatan, jalan ini sedikit ‘keras’ dan berpenunggu. Kejadian yang aneh dan menyeramkan yang pernah saya alami ketika melalui kawasan ini. Pada malam saya sedang memandu dalam jam 10.30, hujan turun renyai-renyai. Ketika melalui kawasan bukit, tiba-tiba saya melihat satu makhluk di tepi jalan, menurut orang kampung tempat itu adalah tapak sebuah istana suatu ketika dahulu.

Makhluk itu kelihatan besar dan memiliki bulu di seluruh badan berwarna coklat kemerahan dan sedang duduk mencangkung, lututnya lebih tinggi dari kepalanya, telinga dia pula panjang tajam, saya terus perlahankan kereta dan tinggikan lampu kereta. Saya perlahankan lagi kereta yang saya pandu untuk melihat binatang apa yang berada di depan saya. Lama kelamaan kereta saya semakin dekat dan semakin jelas makhluk itu kelihatan, cuma makhluk tersebut membelakangi saya, saya teruskan perjalanan, apabila kereta lalu ditepi makhluk itu, rupanya tidak dapat dilihat dengan jelas, tapi seperti anjing, lidahnya terjelir panjang keluar.

hantu

Jalan di Bukit Melingsung, Papar:

Ketika itu saya memandu agak laju, memandangkan jalan raya pada ketika itu tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. ketika sampai kawasan bukit Melingsung kelihatan ada orang sedang melambai-lambai cuba untuk menahan kereta yang sedang saya pandu. Saya menekan brek dan perlahankan kereta. Namun ketika kereta saya menghampiri orang tersebut, baru saya perasan yang orang tersebut tidak memiliki tangan dan saya tidak dapat melihat wajahnya kerana terlindung oleh jubah hitam yang dia pakai. Dan ketika itu jam menunjukkan 4.00 pagi. Sampai sekarang saya tidak tahu tahu siapakah atau apakah yang cuba menumpang kereta saya pada malam tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca urangsabah.com semua, diatas merupakan cerita yang dikongsi oleh salah seorang warga Sabah yang dialami sendiri oleh beliau suatu ketika dahulu.