Jom Tengok Teaser ‘Wheely’ Buah Tangan Terbaru KRU Studios

Sudah agak lama tidak dengar berita dari KRU Studios. Rupa-rupanya mereka tidak menghilang tetapi melalui anak syarikatnya, Kartun Studios Sdn Bhd mereka kini sedang giat mencari pengedar antarabangsa untuk filem animasi terbaru, WHEELY.

WHEELY merupakan filem animasi kedua terbitan Kartun Studios dan filem animasi pertama arahan Yusry Abdul Halim. Menurut Yusry, menjadi pengarah untuk filem kartun ini bukannya mudah kerana memerlukan memerlukan perancangan teliti untuk setiap babak.

Wheely cover

“Wheely menggabungkan elemen aksi komedi yang sesuai untuk tontonan umum dan bukan terhad kepada golongan kanak-kanak saja. Saya mengambil peluang ini untuk mengenengahkan lokasi-lokasi menarik sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang lain walaupun bertemakan penceritaan universal,” kata Yusry.

Filem ini mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

Norman Abdul Halim berkata sambutan untuk tempahan filem ‘Wheely’ ini luar biasa kerana filem ini masih dalam proses produksi. Pengedar yang membuat tempahan juga adalah pengedar yang sama untuk filem animasi pertama mereka sebelum ini, ‘Ribbit’.

Wheely akan ditayangkan di pawagam bulan Mac 2018 dan dijangka diedarkan di 94 buah negara seluruh dunia. Memang nampak ada potensi animasi Wheely ini. SteadyKRU Studios!

Sumber: Thevocket