“Hujung Jari Sampai Nak Terputus Sebab Mainan Tu..” – Netizen Tidak Puas Hati Dengan Kecuaian Wanita Ini

 

Selalu sahaja kita mendapat berita tentang kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak. Sebelum ini, tular satu kejadian di mana seorang anak lelaki terjatuh dari tingkat lima akibat kecuaian ibunya sendiri yang meninggalkan anaknya itu keseorangan di rumah tanpa pantauan sesiapa. Baru-baru ini, tular lagi cerita di mana bayi yang baru berumur 1 tahun terpaksa dipotong kuku dan isi jarinya hanya kerana permainan.

Menurut Chell Shukapooh, kejadian ini berlaku apabila bayi lelakinya, Danish, yang berumur satu tahun empat bulan bermain dengan permainan monkeynya itu di kediaman mereka. Menurutnya, dia tidak menjangka bahawa permainan tersebut boleh mencederakan bayinya itu.

Sumber: Facebook

“Jari dimasukkan ke dalam lubang kecil itu then dia paksa bagi keluar, itu yang terkoyak hujung jari sampai nak terputus sebab mainan itu kuat bila tangan monyet itu ditekan atau bertemu,” jelasnya.

Sumber: Facebook

Setelah dipaksa memasukkan jari ke dalam lubang kecil permainan itu, jari anaknya itu berlumuran darah. Sadis lagi, jarinya hampir-hampir sahaja terputus!

“Hanya dia yang mampu merasa sakit dan kekesalan di hati melihat anak menangis tak henti-henti disebabkan kecuaian diri sendiri,” luahnya.

Sumber: Facebook

Wanita ini tidak dapat bendung rasa kesalnya apabila melihat bayinya itu menangis menahan kesakitan akibat dari kecuaian dirinya sendiri.

“Hati-hati buat anak-anak kecil di luar sana. Takut bila berebut mainan macam ini, akan jadi benda yang sama”

“Kulit anak ini memang lembut, senang sangat hancur sebab benda-benda yang kita anggap tidak bahaya untuk dorang,” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen turut dapat merasai rasa sedihnya apabila kejadian seperti ini berlaku pada anak-anak mereka.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Dan ada juga netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana wanita itu tidak membaca sepenuhnya label tentang permainan itu.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook
Bahaya juga permainan zaman sekarang ni kan.. Buat ibu bapa di luar sana, hati-hati ye!

 

Sumber