Echo Terbaru Amazon Mempunyai Kamera Dan Skrin!

Echo kini tidak hanya boleh didengar malah ia turut boleh memaparkan imej menerusi skrinnya. Amazon telah menambah komponen visual kepada Echo terbarunya membuatkan ia kelihatan lebih moden dan menakjubkan.

Ia adalah sejenis speaker pintar yang berfungsi sebagai pembantu peribadi anda menerusi artificial intelligence.

Echo telah membuktikan bahawa secara hipotesisnya telah melangkaui fungsi tablet dengan A.I Alexa. Videonya boleh dimainkan dengan menggunakan flash dan Youtube. Ia juga berfungsi untuk memaparkan lirik muzik, gambar dan ramalan kaji cuaca.

Bersaiz 7×7 inci dan beratnya pula adalah 1KG, agak berat bukan? kerana itulah ia dipanggil Smart Home Apps. Memiliki saiz skrin yang kecil dan bingkai yang besar adalah bukan masalah baginya kerana echo turut dilengkapi kamera hadapan untuk berinteraksi dengan orang yang dihubunginya.

Amazon telah berjaya menjual sebanyak 11 juta unit echo kepada pasaran online, fenomena ini telah membuktikan bahawa echo mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada mereka yang lebih senang berbicara dengan komputer berbanding menyentuhnya. Anda juga boleh memesan secara pre-order di laman web rasmi Amazon.com.