Anda Tak Akan Percaya Yang 6 Bangunan Ini Ada Kembar Di Tempat Lain. Nak Tahu Apa Dan Di Mana? Jom Tengok!

Jangankan manusia, bangunan dari seluruh dunia pun ada pelanduk dua serupa tau!

Nah, untuk mereka yang gemar menjelajah ke tempat-tempat bersejarah di dunia, ada beberapa bangunan dari beberapa buah negara ini memiliki kembarnya di lokasi berbeza.

Nak tahu apa dan di mana? Jom tengok!

1. Colosseum / Pula Arena

Colosseum merupakan salah satu bangunan bersejarah terkenal di dunia, tetapi tak ramai yang tahu kembarnya terletak di Croatia.

2. Notre-Dame de Paris / Gereja Katedral Amiens

Jom senaraikan 10 perbezaan yang terdapat dalam dua gambar ini! Mesti ada yang buat macam ni kan?

Kedua-dua gereja berciri Gothic ini berada di Perancis di mana Notre-Dame terletak di ibu kota, manakala Katedral Amiens terletak di utara negara itu.

3. Monumen Stonehenge / Avebury

Sudahlah kosnya mahal, malah pengunjung tak dibenarkan menyentuh monumen batu Stonehenge. Selain itu, tiada tempat perlindungan disediakan sekiranya hujan dan pengunjung juga tak dibenarkan masuk ke dalam monumen berkenaan.

Namun, 30 kilometer dari Stonehenge, pengunjung boleh mengunjungi Avebury, sebuah monumen batu yang tak kurang hebat dengan nilai sejarahnya.

Berbeza dengan Stonehenge, pengunjung boleh melawat monumen ini dengan percuma!

4. Angkor Wat / Borobudur

Angkor Wat adalah salah satu pusat tumpuan pelancong, sekali gus menjadikannya sesak dengan pelawat. Kalau tak nak berhimpit dan bersesakan, pengunjung boleh melawat Candi Borobudur.

5. Katedral Saint Basil / Gereja Penyelamat Bertumpah Darah

Kubah Katedral Saint Basil merupakan tarikan terkenal di Rusia, tetapi tak ramai menyedari kewujudan sebuah gereja di Saint Petersburg yang dibina hampir serupa dengan katedral di Moscow.

6. Big Ben / Parliament Hill

Siapa tak kenal dengan menara jam Big Ben di London kan? Kalau cerita British dulu-dulu memang selalu gunakan bangunan Big Ben ni sebagai tanda mercu. Mungkin anda tahu dan mungkin juga tidak, tetapi di Kanada terdapat sebuah menara serupa dengan Big Ben. Adik atau abang dia kot?

Antara enam yang disebut di atas, yang mana anda baru tahu kewujudan atau persamaan seni binanya?

Sumber