Al-Fatihah.. Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

 

ISTERI Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Puan Sri Azizah Hamdi, meninggal dunia pada 7.02 petang hari ini, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad yang mengesahkan perkara berkenaan, berkata jenazah masih berada di pusat rawatan berkenaan.

Allahyarhamah menghidap kanser tahap empat dan menjalani rawatan susulan di PPUM.

Jenazah Allahyarhamah akan di bawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Kampungnya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak

 

Sumber: Hmetro