”1000 Like Atau Saya Jatuhkan Dia “ Tindakan Lelaki Ini Mendapat Kecaman Netizen..Jom baca apa komen lelaki tersebut.

Sejak kebelakangan ini, kita melihat ramai pengguna media sosial memuatnaik post aksi berani yang melampau, di mana mereka nekad meletakkan nyawa mereka di media sosial semata-mata untuk mendapatkan reaksi yang mengagumkan dari netizen. Tetapi tidak semua orang boleh melakukan aksi berani ini, kerana ada yang cedera parah dan lebih teruk ada yang mati dalam percubaan untuk melakukannya. 

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki ini adalah lebih buruk, kerana dalam usaha untuk mendapatkan like di Facebook dia telah membahayakan nyawa orang lain -seorang bayi yang tidak berdosa . Lelaki yang dikatakan menjadi saudara kepada bayi itu, memuatnaik gambar sedang memegang seorang bayi tersebut, menggenggam belakang baju bayi itu, mendedahkan bayi itu dengan bahaya terjatuh dari paras apartmen mereka setinggi 15o kaki . Dan memuatnaik status, ” 1000 Like atau saya jatuhkan dia “.

Gambar yang mengejutkan itu menyebabkan ramai netizen terpanggil untuk memberi respon dan mengecam tindakan lelaki itu, dengan sebahagian dari mereka bimbang dengan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa itu. 

Seorang pembaca memberi komen, “Apa yang paling menakutkan adalah  ia kelihatan lelaki itu memegang bayi  itu dengan tangan kiri dan menggunakan tangan kanan untuk mengambil gambar, ini bermakna gambar adalah lebih penting daripada nyawa bayi itu.”

Tetapi lelaki itu yang menyedari ramai netizen mengecam tindakan beliau, telah mengatakan yang dia sedang bermain-main dengan bayi itu dan imej tersebut telah dimanipulasi oleh pengguna lain dalam media sosial.

“Gambar itu diambil di balkoni dan ada pagar perlindungan. Dan gambar pagar itu telah dipadam,”katanya, menyangkal kecaman yang mengatakan beliau telah meletakkan nyawa kanak-kanak itu dalam bahaya.